BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 6 March 2011

Journal irfan khairi

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya
daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani
"Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita
sahaja... Lelaki pun! 

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali,
tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan?
Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income-
antara senjata untuk menjadi
jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual
income atau pendapatan yang
berulang...

Sekiranya anda hebat menyanyi,
anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat
residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu,
sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir
tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap,
tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama-
menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

"Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari
macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!),
kita boleh menulis buku. Penulis
buku juga menerima royalti atas
jualan setiap buku. Mungkin ia
mengambil masa 2-3 bulan untuk
siapkan satu buku, tetapi pendapatan
dari royalti belian setiap buku akan
diterima oleh penulis! Buku
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun
2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota
Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

"Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

Paling ramai jutawan tercipta di dunia
daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah,
dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan
kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya
kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila
selagi ada penyewa!

"IK, hartanah ni kita perlu modal besar...
saya takde modal camne?"

Idea juga boleh menjadi residual income.
Tak perlu modal.

Pernah anda lihat "battery indicator" pada
battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"?
Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric,
anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah
sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent".
Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

"IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."


Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi
"residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai
contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda.
Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan
Internet adalah satu pilihan.

"IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

Haa... di sini lah saya nak quote kembali
pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

"Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Banyak cara untuk menjana pendapatan...
banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu
banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali,
pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat  Kalau semua tak boleh,
jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari
ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

-IK
Irfan Khairi

Thursday 3 March 2011

Kewangan dari sudut islam 1

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.