BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 6 March 2011

Journal irfan khairi

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya
daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani
"Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita
sahaja... Lelaki pun! 

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali,
tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan?
Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income-
antara senjata untuk menjadi
jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual
income atau pendapatan yang
berulang...

Sekiranya anda hebat menyanyi,
anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat
residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu,
sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir
tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap,
tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama-
menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

"Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari
macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!),
kita boleh menulis buku. Penulis
buku juga menerima royalti atas
jualan setiap buku. Mungkin ia
mengambil masa 2-3 bulan untuk
siapkan satu buku, tetapi pendapatan
dari royalti belian setiap buku akan
diterima oleh penulis! Buku
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun
2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota
Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

"Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

Paling ramai jutawan tercipta di dunia
daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah,
dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan
kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya
kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila
selagi ada penyewa!

"IK, hartanah ni kita perlu modal besar...
saya takde modal camne?"

Idea juga boleh menjadi residual income.
Tak perlu modal.

Pernah anda lihat "battery indicator" pada
battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"?
Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric,
anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah
sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent".
Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

"IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."


Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi
"residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai
contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda.
Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan
Internet adalah satu pilihan.

"IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

Haa... di sini lah saya nak quote kembali
pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

"Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Banyak cara untuk menjana pendapatan...
banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu
banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali,
pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat  Kalau semua tak boleh,
jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari
ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

-IK
Irfan Khairi

Thursday 3 March 2011

Kewangan dari sudut islam 1

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Sunday 27 February 2011

Increase your business capital and volume

Salam..sorry sebab bz sangat...baru2 nie saya reserch serba sedikit tentang satu platform tentang kewangan...dan ini sudah semestinya yg pertama didunia...anda bayangkan didalam nextcubes ini telah tersedia satu sistem perniagaan yg baik...dimana sistem gateaway atau jual beli melalui sytem ini membolehkan saya tanpa memerlukan modal yg besar...maklumlah sekiranya saya ingin membuat system gateaway ini,saya memerlukan berpuluh ribu...tetapi dinextcubes semuanya telah tersedia...saya hanya perlu menukar pelangan saya untuk membeli belah dinextcubes ini....saya ada menjual beberapa barang di beberapa kawasan..memandangkan brg2 saya kurang mendapat perhatian,saya perlu mencari alternatif lain...akhirnya saya terjumpa satu source perniaagaan yg boleh diguna pakai oleh semua peniaga....tanpa membuka kedai,sewa tapak..malah terpaksa membayar maintainance yg tinggi....lebih2 lagi di nextcubes ini pelanggan yg sudah tersedia di sediakan...anda bayangkan???...saya pasti anda diluar sana pasti memikirkan sesuatu seperti saya bagaimana ingin menambah pendapatan berniaga tanpa mengangu perniagaaan yg anda lakukan...dinextcubes anda boleh mencuba...anda boleh register secara percuma di sini http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d2aeb348d25f ...untuk pemahaman lanjut boleh hubungi saya...atau add saya di facebook...kalau saya boleh..saya pasti anda juga boleh...

Sunday 20 February 2011

Sekadar renungan

Adik saya bakal menduduki SPM pada tahun ini. Jika beberapa tahun sebelum ini beliau mahu menjadi doktor, jurutera, pilot, askar dan sebagainya, kini cita-cita beliau mahu menjadi ahli perniagaan (usahawan) pula. Saya rasa sebab dia terpengaruh dengan apa yang saya lakukan. Saya takut beliau hanya nampak apa yang saya buat depan dia, tetapi tidak nampak apa yang menyediakan saya untuk menjadi saya, saya tidak mahu beliau masuk dalam perniagaan dalam keadaan separuh bersedia.
Jadi saya menulis post ini sebagai pesanan bukan sahaja untuk adik saya, tetapi juga kepada semua yang berada dalam situasi yang sama seperti Ummar, baik yang baru mendapat keputusan SPM atau akan menduduki SPM, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.
Tujuan Menjadi Usahawan
Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.
Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:
Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.
Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?
Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda dibeli? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?
Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.
Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.
Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti
Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).
Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.
Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.
* Saya mengambil minor dalam pengurusan kewangan, dan saya teramat banyak belajar perkara yang membantu saya memahami perniagaan dan kewangan. Namun mesej saya, kenapa ambil satu bila anda boleh dapat dua?
Belajar Menjual Seawal Mungkin
Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.
Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke mana-mana booth kami untuk mendapatkan pengalaman. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.
Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.
Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.
Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.
MLM (Multi Level Marketing)
Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.
Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;
1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.
Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.

Saturday 19 February 2011

new social network.....





sosial network nie launching awal january....sangat menarik....lebih baik dari "mukabuku"...jadi ako suggest korang tukar  ke sosial baru nie...made in malaysia...owner pun malaysia....paling best boleh membeli belah click kat http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d2aeb348d25f...

lagipulak kalau korang ada business korang boleh buat duit kat sini...hmmppp... Mcm biasa free registration..kalau nak keterangan lanjut korang add facebook ako tuh....or call ako at 0196994830

The best of Syed Mokhtar

Dalam wawancara ini Syed Mokhtar banyak menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan untuk memberi peluang mereka mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.

“Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Syed Mokhtar.

Saya akan terus usahakan selagi ada daya dan kesihatan. Biar seimbang kerana mencari rezeki adalah sebahagian daripada amalan. Ilmu juga sebahagian daripada amalan. Saya timba ilmu daripada pengalaman. Bila bercakap biarlah mengikut kedudukan. Jika ada RM1 jangan kata ada RM10. Ikhlaskan diri dan bila ada kemampuan, buat kerana Allah dan tidak perlu tonjolkan diri.

 Kita kena terus bangun supaya bangsa lain tidak pandang hina pada kita. Maknanya biar dia cerdik dan kita pun tidak bodoh, dia kaya dan kita pun tak miskin. Kita kena cubalah, tiada miskin dalam nilai dan pembawaan, perlu ikhlas dan komited

SYED MOKHTAR: Bagi saya orang Melayu kita kena ada sifat kuat berusaha. Sama ada kita dapat kejayaan atau tidak, kita tak boleh putus asa. Kalau dapat kejayaan kena bersyukur, tidak dapat pun bersyukur juga. Saya tidak melihat cara jangka pendek untuk berjaya. Saya percaya kita mesti melalui proses tertentu untuk kita mendapat kejayaan.

Ini kerana sebelum kejayaan diperoleh, kita terpaksa mengalami bermacam-macam cabaran. Kita kena kenal diri kita sendiri. Dalam agama pun Allah suruh kita kenal diri sendiri sebelum mengenali Allah. Maknanya kita kena menilai dengan jujur dan tidak boleh tipu diri sendiri. Sebab itu apa yang kita buat mesti ikhlas.

SYED MOKHTAR: Kalau kita tak sabar, kita akan dapat hasil yang “tak sabar”. Tahun 60-an saya adalah salah seorang yang tak dapat peluang, yang orang patut tolong. Tapi alhamdulillah, saya tolong diri saya sendiri. Kita semua sama saja. Mak saya kata, “Hangpa tujuh orang keluar dari perut aku.”

Apa yang Tan Sri akan lakukan dengan wang tunai RM80,000 yang diterima bersama trofi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan itu?

SYED MOKHTAR: Saya akan memberikannya kepada ibu saya. Masa dulu bila saya dapat RM1,000, saya hanya memerlukan RM500 saja. Bila saya dapat RM1,500 dan bawa balik ke rumah, mak saya kata RM750 cukup untuk keluarga. Baki RM750 bagi kepada orang tua-tua. Dari situ saya nampak perlunya jiran dan masyarakat dalam kehidupan kita. Saya dah ada interaksi dengan masyarakat.

Wednesday 16 February 2011

Kebocoran money!!!

Ape maksod kebocoran? pernahkan anda mengalami kebocoran? tayar bocor,belon bocor dan sebagainya. Anda cuba bayangkan saya mengisi sebiji belon dengan air....dan terdapat beberapa tempat yg bocor, maka, air didalam bocor itu akan keluar. Secara perlahan-lahan, air didalam belon itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. BAGAIMANA anda ingin menambah jumlah air didalam belon tersebut?..isi air semula dan dalam beberapa ketika, ia berulang kembali.

Ramai diantara kita berhasrad menambah pendapatan atau mencari pendapatan sampingan. Atas satu alasan perbelanjaan harian yg tidak mencukupi ataupun menambah aset dan simpanan. Tetapi langkah pertama yg perlu sebenarnya ialah mengesan kebocoran sumber kewangan anda. Cari dengan teliti kemana wang anda pergi. Ya sememangnya anda tidak mampu mengelak kebocoran wang tetapi perlu diteliti adakah perbelanjaan harian anda itu satu KEHENDAK atau KEPERLUAN.

Sebagai contoh. Dalam sehari anda meletakkan kereta di sebuah mall berhampiran tempat kerja anda setiap hari utk memudahkan anda ke tempat kerja. Sehari jumlah yg perlu anda bayar adalah RM5.00 sehari. Anda perlu mencari alternatif mengurangkan perbelanjaan tersebut. Mungkin anda boleh membeli pas bulanan yg jauh lebih murah jika dikira semula. 

Kebanyakkan dari kita sibuk mencari jalan menambah hasil pendapatan tanpa memerhatikan kebocoran yg semakin besar berlaku terhadap aliran wang kita. Ibarat belon yg bocor, jika tidak ditampal ia akan bertambah besar dan kita akan menjadi letih berusaha menambah sumber pendapatan sedangkan dalam masa yg saya ia terus mengalir keluar.

Sekadar renungan untuk mendidik diri sendiri dan perkongsian ini diharap dapat memberikan manafaat untuk anda. 
Korang click kat cni:http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d2aeb348d25f
kat cni sure korang boleh buat duit...korang explore lah..selamat mencuba

Tuntut kembali

Tuntut Kejayaan Anda!
Jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya, boleh dikatakan 100% pilihan adalah di tangan kita.
Pilihan untuk membuat keputusan.
Pilihan untuk bekerja kuat ataupun malas.
Pilihan untuk merasa lemah atau terus cekal.
Pilihan untuk bertindak ataupun terus berduka lara…
Tuhan itu tidak zalim. DIA berikan kita peluang untuk membuat pilihan.
Nah, jika itu hakikatnya, mari kita memilih yang baik-baik untuk kita. Berhasil atau tidak, itu bukan urusan kita.
Salah satu langkah untuk menjadi usahawan berjaya adalah dengan “menuntutnya”. Kata orang putih, “claim your success!” Tuntut Kejayaan Anda!
Kebiasaan yang kita lihat, manusia lantang menuntut hak-hak mereka seperti hak bersuara, hak sebagai pekerja, hak hidup harmoni, hak untuk memilih kerajaan dan sejuta satu hak.
Namun ironinya, ada yang tidak bersungguh-sungguh menuntut hak kejayaan bagi diri mereka sendiri walaupun ia amat penting bagi mereka.
Baik, soalnya sekarang, bagaimana untuk menuntut hak kejayaan itu dan juga mengapa?
Mengapa perlu menuntut kejayaan?
Hal ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana setiap orang ada alasan dan sebab tersendiri mengapa mereka mahu menjadi orang yang berjaya, berharta, kaya dan seumpamanya.
Ada yang mahu melihat ahli keluarga mereka hidup bahagia dan tidak susah, ada yang tidak mahu hidup tertindas, ada yang mahu membantu orang-orang susah dan ada yang mahu membantu Agama terus terbela dan berkembang.
Itu semua adalah tujuan dan matlamat masing-masing. Kita telah jelas mengenai hal itu…
Jadi, bagaimana cara untuk kita menuntut hak-hak kejayaan kita dan kepada siapa kita perlu menuntutnya?
Jawapannya mudah: Kita perlu tuntut kepada diri kita sendiri. 99.9% faktor kejayaan adalah terletak kepada diri kita sendiri. Sikap kita, tabiat (habits) kita dan emosi kita, akan menentukan segalanya.
Jadi, untuk menuntut kejayaan, maka kita perlu:
Bekerja lebih kuat secara bijak.
Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya? 
Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.
Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali